fbpx
CKLAMOVSKI

Cklamovski yakin ranking naik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski masih menganggap pasukan berada di landasan tepat untuk menuju ke kelompok 100 terbaik dunia meskipun kedudukan kini jatuh ke tangga ke-135.

Menurut Cklamovski, walaupun kedudukan semasa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat, masih banyak perkara positif ditunjukkan oleh pasukan sejak 12 bulan lalu.

“Dalam 12 bulan terakhir, kami sebenarnya bergerak ke arah yang betul. Apa yang boleh kita kawal adalah cara kita berlatih, bermain selain analisis lawan.

“Kita juga menganalisis dan sentiasa mengembangkan bola sepak kita. Jadi semuanya berada dalam kawalan dan kita laksanakannya dengan cara yang betul.

“Kita akan ambil langkah demi langkah (untuk terus maju ke depan),” katanya.

Cklamovski turut mengakui terdapat beberapa faktor luar padang yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada ranking dunia Harimau Malaya.

“Perkara luar padang telah menjejaskan kami. Ia satu rintangan dan sesuatu yang negatif, tetapi setiap perjalanan hebat pasti ada cabaran. Kami perlu jadikannya sebagai pembakar semangat,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan ranking Harimau Malaya terus merudum di kedudukan ke-135 dunia selepas rayuan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bulan lepas.

Susulan keputusan CAS, Harimau Malaya dijatuhkan hukuman kekalahan 0-3 kepada Vietnam dan Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN