fbpx
GAMBAR HIASAN

Helah jadi pegawai imigresen makan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Helah seorang lelaki menyamar sebagai pegawai imigresen untuk menyamun warga asing terbongkar apabila diberkas polis dalam serbuan di sekitar Dang Wangi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Menurutnya, suspek disyaki aktif melakukan samun dengan menyasarkan lelaki warga asing di sekitar kawasan berkenaan.

“Modus operandi suspek adalah dengan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai imigresen sebelum meminta mangsa menyerahkan pasport.

“Selepas itu, suspek melarikan dompet serta wang tunai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk pakaian, sebuah motosikal, topi keledar serta beg Grab yang digunakan dalam kegiatan jenayah.

Katanya, penahanan suspek berjaya membantu polis menyelesaikan dua kes samun yang dilaporkan sebelum ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI