KOTA BHARU – Peniaga dan pengguna jalan raya berdepan detik cemas selepas sebuah gerai menjual bunga api di Wakaf Che Yeh di sini hari inii terbakar.
Situasi itu menyebabkan berlaku letupan sehingga mencetuskan keadaan cemas dalam kalangan peniaga di kawasan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, kerja-kerja memadam kebakaran sedang dijalankan dan maklumat lanjut menyusul kemudian.
Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan sebuah gerai menjual bunga api di Taman Pekaka, Nibong Tebal di Pulau Pinang terbakar awal pagi pada 22 Mac lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 95 peratus. – KOSMO! ONLINE














