fbpx
Gambar hiasan

Padang Terap ‘panas lit-lit’, Jerantut dan Rembau antara lokasi paling panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 13 kawasan di bahagian utara Semenanjung mencatatkan cuaca panas dengan Padang Terap di Kedah berada pada Tahap 2 atau gelombang haba dengan mencatatkan suhu 37 sehingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Manakala 12 lagi lokasi di utara berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat merangkumi seluruh negeri Perlis serta lapan daerah di Kedah iaitu Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

Turut terlibat adalah kawasan Timur Laut di Pulau Pinang, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak, Jerantut (Pahang) serta Rembau di Negeri Sembilan.

“Kawasan Padang Terap di Kedah kekal berada pada Tahap 2 (gelombang haba) dengan suhu mencecah sehingga 37 hingga 40 darjah Celsius,” lapor MetMalaysia.

Bagi kawasan di Sabah dan Sarawak pula dilaporkan berada pada paras normal dengan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

Bagaimanapun, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 3 (gelombang haba ekstrem) setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI