fbpx
Antara gambar keadaan baju raya yang koyak dikongsikan bebebrapa pengguna Thread

Raya 2026, edisi baju raya koyak ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir pengguna media sosial meluahkan baju raya dibeli untuk sambutan Hari Raya Aidifitri pada tahun ini didakwa tidak berkualiti apabila baru sehari dipakai, telah koyak di bahagian tertentu.

Menerusi luahan dikongsikan di media sosial, ada daripada baju raya berkenaan didakwa dibeli daripada jenama terkenal dan dikatakan berdepan beberapa isu lain.

Seorang wanita menerusi Thread turut berkongsi gambar baju raya anaknya yang dibeli dengan harga RM189, namun ia koyak di bahagian kain.

“Tak tahu anak kakak yang ganas atau material tu memang ‘hauk’. Masalahnya, kiri kanan weh, bawah tak tetas pun, tapi jenis kain tertarik ke macam mana? RM189 melayang, kasihan anak aku,” katanya.

Seorang lagi wanita turut berkongsi gambar pada Thread keadaan tiga baju raya yang dipakai koyak di bahagian kain.

“Tiga beranak pagi-pagi raya kain koyak. Mula-mula ingat seorang ni lasak sangat. Sudahnya tiga-tiga koyak dan diorang sempat balik rumah dan jahit balik kain ni ya. Pakai sampai malam, koyak balik bahagian lain. Bukan murah-murah belinya,” katanya.

Seorang lagi wanita berkongsi gambar baju raya dibeli didakwa telah ‘reput’.

“Apa korang buat kalau beli baju raya, tapi dapat yang ‘reput’. Lepas tu penjual salahkan kita. Sembilan helai ya, harga RM199 sehelai,” komennya.

Seorang lagi pengguna Thread mendakwa, baju yang dibelinya daripada butik terkenal dikatakan timbul beberapa tompok selepas pakaian itu dibasuh.

“Saya baru basuh baju anak. Malam raya ni nak gosok, tengok jadi macam mana ni. Macam mana nak tuntut ye, resit dah buang. Kasihan anak pakai esok. Bukan murah, saya basuh ikut aturan tak boleh apa-apa sabun atau pewangi,” katanya yang membeli baju itu di satu cawangan butik di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, hantaran itu turut menerima maklum balas daripada pihak butik utama di Kuala Lumpur menerusi ruangan komen dan mereka berusaha menyelesaikan masalah dihadapi wanita itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN