fbpx
Gambar menunjukkan pangkalan tentera Diego Garcia di Kepulauan Chagos, Lautan Hindi pada 16 Jun 2025. - AFP

Iran tembak peluru berpandu balistik ke arah pangkalan Diego Garcia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Iran baru-baru ini melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera bersama Amerika Syarikat (AS)-United Kingdom (UK) yang terletak di Lautan Hindi, lapor akhbar The Wall Street Journal semalam, memetik kenyataan pegawai AS.

Laporan itu menyatakan, tiada peluru berpandu mengenai sasaran tersebut yang terletak kira-kira 4,000 kilometer dari wilayah Iran.

Namun, pelancaran itu memberi gambaran bahawa Tehran memiliki peluru berpandu dengan jarak jangkauan yang lebih jauh daripada jangkaan sebelum ini.

Pihak Pentagon enggan memberikan sebarang ulasan.

Menurut laporan The Journal lagi, salah satu peluru berpandu tersebut gagal semasa dalam penerbangan, manakala sebuah lagi disasarkan oleh pemintas yang dilancarkan dari sebuah kapal perang AS.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada peluru berpandu itu berjaya ditembak jatuh atau tidak.

Diego Garcia di Kepulauan Chagos, merupakan salah satu daripada dua pangkalan yang dibenarkan oleh Britain untuk digunakan oleh Amerika Syarikat bagi operasi ‘pertahanan’ terhadap Iran.

Tentera Amerika telah menempatkan pesawat pengebom dan kelengkapan lain di pangkalan tersebut, yang menjadi hab utama bagi operasi di Asia, termasuk kempen pengeboman AS di Afghanistan dan Iraq.

Britain bersetuju untuk menyerahkan kembali Kepulauan Chagos kepada Mauritius selepas menguasainya sejak tahun 1960-an, namun mengekalkan pajakan untuk pangkalan di Diego Garcia, iaitu pulau yang terbesar dalam gugusan tersebut.

Presiden AS, Donald Trump, mengecam keputusan (penyerahan) berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI