fbpx
Gambar hiasan - KREDIT JANAAN AI

‘Belum sempat bergambar raya, tetamu dah sampai datang awal sangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai berkongsi luahan terhadap segelintir tetamu yang dikatakan melakukan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri pada waktu terlalu awal, sehingga menyukarkan tuan rumah kerana tidak bersedia sepenuhnya.

Luahan itu dikongsikan mereka selepas seorang pengguna Thread memuat naik hantaran yang mana dia menerima kunjungan tetamu pada waktu terlalu awal pada raya pertama Aidilfitri hari ini.

“Weh sumpah tak ada common sense (pertimbangan waras) orang datang beraya awal-awal pagi ni. Aku dengan baju kelawar lagi. Nak datang beraya, datang petang macam tu lah wei,” kata pengguna Thread.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas dengan ada yang menyokong wanita itu, manakala ada juga mengecamnya kerana tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Rata-rata yang menyokong wanita tersebut turut berkongsi pengalaman menerima tetamu pada waktu terlalu awal iaitu ketika sedang meluangkan masa bersalam bersama keluarga, sekali gus ia tidak dapat diteruskan berikutan kehadiran tetamu.

“Pagi-pagi ni orang nak bersiap, nak hidangkan makanan. Nak bagi duit raya kat keluarga sendiri, bergambar dengan keluarga sendiri apa semua. Tengah hari baru sambut tetamu. Yang datang pagi-pagi ni tak ada keluarga ke apa,” komen pengguna Thread yang lain.

“Saya sokong kak, faham sangat dan kat bawah (video) ni pun ustaz ada cakap tentang adab ziarah. Yang kecam akak tu kurang ilmu rasanya,” kata seorang lagi individu.

“Betul, kitorang sekeluarga belum sempat bergambar. Baru habis salam tok, orang dah datang bagi salam. Bagi lah tuan rumah luang masa dengan keluarga dulu. Nak datang rumah orang tu lepas zuhur lah,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI