fbpx
Gondola ski remuk selepas terjatuh dan terbalik beberapa kali di cerun bukit di Switzerland. - Polis Kanton Nidwalden

Wanita maut, kabel gondola tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERN – Seorang wanita terbunuh apabila gondola ski yang dinaikinya terjatuh ke cerun bukit di sebuah pusat peranginan di Switzerland, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) di pusat peranginan Engelberg semalam.

Polis berkata, wanita berusia 61 tahun itu bersendirian di dalam gondola ski Titlis Xpress apabila salah satu kabelnya tercabut.

“Gondola itu baru meninggalkan stesen Trubsee dan sedang mendaki bahagian tengah gunung sebelum jatuh atas sebab yang masih belum jelas,” kata polis. 

Beberapa saksi memberitahu bahawa angin kencang melanda kawasan pergunungan itu semasa kejadian. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah gondola jatuh dari Gunung Titlis lalu terbalik beberapa kali sebelum berhenti di atas salji tebal. 

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN