fbpx
DZULKHAIRI ketika ditemui pemberita pada Program Ronda Santai Panjut Pelita bersama Ketua Polis Melaka di Balai Polis Batang Tiga, Klebang, Melaka, awal pagi tadi. - Foto oleh AMRAN ALI

Suspek belasah isteri hamil masih menyorok di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Lelaki yang tular selepas membelasah dan menggilis kepala isterinya dengan motosikal di Kota Shahbandar, di sini, baru-baru ini dipercayai masih bersembunyi di Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki itu sedang dikesan, manakala mangsa dan anak lelaki mereka berusia dua tahun yang sebelum ini dipercayai berada dengan suspek ditemui dalam keadaan selamat.

“Kita masih kesan, masih (berada di Melaka). Kita percaya suspek melarikan diri dan Insya-Allah dalam masa terdekat akan dapat (tangkap). Isteri dan anaknya ada (ditemui) hanya suami yang tak dapat kesan,” katanya pada Program Ronda Santai Panjut Pelita bersama Ketua Polis Melaka di Balai Polis Batang Tiga, Klebang, di sini, awal pagi tadi.

Ditanya sama ada suspek mempunyai rekod berkaitan dadah, beliau memberitahu perkara tersebut masih lagi dalam siasatan.

Kelmarin Kosmo! melaporkan polis mengesan seorang lelaki selepas dipercayai memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar sehingga tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis menerima laporan pada pukul 1.17 pagi, 16 Mac lalu daripada ibu mangsa berusia 51 tahun dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 9 malam, 15 Mac di sebuah pusat hiburan apabila mangsa yang hamil dipercayai dibelasah suaminya.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memukul, menampar, menarik rambut dan melanggar kepala mangsa dengan motosikal ketika wanita itu terbaring.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka di sini pada pukul 4.41 pagi dan menerima rawatan di Zon Merah. Wanita itu mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala serta pipi kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN