fbpx
Gambar hiasan

Pengisytiharan Aidilfitri malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M akan diumumkan pukul 8 malam esok.

Jakim dalam kenyatan berkata, penentuan tarikh tersebut dibuat berdasarkan cerapan anak bulan di 29 lokasi di seluruh negara.

“Sama-sama kita nantikan pengumuman ini dengan hati yang penuh syukur. Semoga Ramadan kita diterima dan Syawal disambut dengan penuh keberkatan. Gema takbir kian terasa, menandakan kemenangan buat kita semua,” katanya, hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Jakim mencetuskan suasana santai menjelang Aidilfitri apabila mengajukan persoalan berbentuk teka-teki kepada orang ramai.

“Nantikan Pengisytiharan Hari Raya Puasa bagi tahun 2026! Baju warna apa agaknya kali ini?” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN