fbpx
AHLI kariah masjid membantu orang ramai mendapatkan pakaian baharu dan terpakai di Masjid Jamek Al-Ubudiah, Bukit Gedung di George Town semalam.

Tak sangka M40, T20 berebut dengan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Program pemberian baju raya terpakai dahulunya hanya mendapat sambutan dalam kalangan keluarga kurang mampu tetapi kini golongan M40 dan T20 dikatakan sanggup buang pe­rasaan malu semata-mata mahu melengkapkan persiapan hari raya mereka.

Perkara tersebut diakui Penyelaras Projek Raya Sama Rasa, Sharizal Md, Noor apabila lebih 1,000 pakaian baharu dan terpakai yang ditempatkan di Masjid Jamek Al-Ubudiah, Bukit Gedung di sini, turut diambil golongan bekerjaya untuk digayakan pada Syawal nanti.

Menurutnya, penganjuran pro­gram buat julung kalinya itu bertujuan meringankan be­ban yang ditanggung penduduk sekitar terutama yang mempunyai ahli keluarga ramai termasuk mereka yang memerlukan.

“Pemberian pakaian baharu dan terpakai yang disumbangkan orang ramai termasuk pengusaha-pengusaha butik pakaian di daerah ini terbuka untuk semua, tidak kira siapa sahaja dan pelbagai lapisan umur terutama golongan remaja.

“Datang dan ambil sahaja semua pakaian ini, jangan malu. Ada lebih 1,000 pakaian termasuk baju kurung baharu yang masih berlabel harga RM300 serta tudung-tudung baharu dari butik pakaian.

“Sejak dipamerkan pada Jumaat lalu, dianggarkan kira-kira 30 peratus jumlah pakaian mula susut. Malah, mereka yang datang ambil pakaian ini juga bukan biasa-biasa, ada pegawai kerajaan, kontraktor, jurutera kilang dan usahawan,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Jelas Sharizal, dia merupakan anak jati kawasan berkenaan dan mengenali siapa yang datang serta pekerjaan mereka.

Dalam pada itu, katanya lagi, pemilihan lokasi berkenaan sememangnya bertepatan de­ngan matlamat penganjuran utama program tersebut selain dapat mengimarahkan suasana masjid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN