fbpx
Gambar hiasan

Warga asing maut dibunuh, suspek ditahan kurang 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang wanita warga asing di temui maut dipercayai di bunuh di sebuah kilang kawasan industri Tangkak pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak telah menerima maklumat dari orang awam berkaitan seorang wanita warganegara asing telah ditikam dan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kilang pada pukul 8.40 pagi semalam.

“Pemeriksaan di tubuh badan mangsa mendapati kecederaan di bahagian leher dan mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tangkak untuk tindakan bedah siasat. Bertindak atas maklumat, pihak polis Tangkak telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang wanita warganegara asing di lokasi yang sama.

“Motif kejadian ini masih belum dikenalpasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Roslan, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kanan jenayah, ASP Sharidhathul Aflaha Ismail di talian 019-2699573 atau bilik gerakan IPD Tangkak di talian 06-978 5222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI