SEIRING perkembangan teknologi ketika ini, masyarakat dilihat cukup tertarik dengan konsep digital berlandaskan Internet of Things (IoT). Hal ini kerana, penggunaan teknologi itu menjadikan sesuatu tugas lebih pantas, efisien dan selari dengan keperluan semasa. Rentetan itu, seorang usahawan tempatan, Muhammad Kamil Mohamad Faizar tampil memperkenalkan sistem pengurusan tanaman hidroponik menggunakan teknologi IoT. Pengasas Kekebun Venture System itu memberitahu, penggunaan IoT membolehkan proses tanaman pokok lebih mudah dikendalikan tanpa perlu risau mengenai proses membaja dan siraman air. Katanya, proses pembajaan boleh……














