fbpx
Ani melakukan penstriman live ketika mengira tanpa henti. - Guinness World Records

Gigih! Wanita mengira 1 sampai 1,070,000 selama 70 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Seorang wanita di Nigeria memecahkan  Guinness World Records selepas mengira dari nombor satu hingga 1,070,000 dengan kuat tanpa henti, lapor laman berita Oddity Central.

Ogechi Ani mencatatkan rekod bagi kategori nombor tertinggi yang dikira secara kuat. Ia mengatasi rekod yang dicipta 18 tahun dahulu dengan catatan nombor 1,000,001.

Ani memulakan maraton pengiraannya pada 8 Oktober tahun lalu apabila dia melakukan penstriman setiap hari bagi menunjukkan kemajuan yang dicapai.

Percubaan memecah rekod dunia itu mengambil masa selama 14 jam sehari sepanjang 70 hari berturut-turut.

“Sejujurnya, ia sukar tetapi minat saya untuk mengira membuatkan saya terus berusaha.

“Saya mempunyai pasukan yang hebat yang menyokong dan menceriakan saya. Ia menyeronokkan meskipun terdapat cabaran,” kata Ani. 

Ani menganggap orang ramai yang memberi sokongan kepadanya sebagai faktor motivasi tambahan yang membuatkan dia terus bersemangat setiap hari sehingga 16 Disember tahun lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI