fbpx
SAARANI (tengah) pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Van perpustakaan digital dekatkan ilmu kepada rakyat pedalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Van perpustakaan digital merupakan satu inisiatif inovatif oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak untuk menghubungkan ilmu kepada masyarakat pedalaman termasuk masyarakat Orang Asli.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan konsep ‘ilmu’ di hujung jari yang menghubungkan komuniti, van tersebut berfungsi sebagai pusat pembelajaran menggabungkan bahan bacaan teknologi digital dan juga aktiviti pendidikan secara interaktif.

“Termasuklah mereka (van perpustakaan digital) akan berkunjung ke perkampungan Orang Asli yang boleh sampai dengan van.

“Tak bolehlah pergi ke RPS Kemar, dia kena naik bot. Tapi banyak perkampungan Orang Asli yang boleh sampai di Sungai Siput, Kampar ataupun di Tanjung Malim,” katanya kepada pemberita di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Terdahulu beliau turut sama menghadiri dan bertemu secara bersemuka dengan rakyat negeri pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2026.

Katanya lagi, pendekatan menggunakan bas sebelum ini tidak begitu praktikal kerana sukar untuk memasuki kawasan pedalaman dan terpencil.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI