fbpx
Gambar hiasan - Foto kredit TH

Guna TH Digital Queue, boleh tunggu giliran di mana sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem giliran digital, TH Digital Queue bagi perkhidmatan kaunter di seluruh cawangan bermula semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, menerusi sistem itu, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR dan akan menerima notifikasi nombor giliran di telefon pintar sebelum berurusan di kaunter TH.

“Kini pelanggan boleh menguruskan masa dengan lebih sistematik, tidak perlu menunggu lama di kaunter dan boleh berada di mana-mana dengan memantau nombor giliran melalui telefon pintar masing-masing.

“TH Digital Queue turut dilengkapi dengan fungsi penilaian Indek Kepuasan Pelanggan, e-Borang maklum balas pelanggan dan informasi untuk pendeposit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, inisiatif yang ditambah baik itu bagi menyokong pemerkasaan digital TH di seluruh negara dalam meningkatkan kecekapan dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih mudah, ringkas dan lancar menerusi sistem pintar, moden dan mesra pengguna.

Katanya, TH komited untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pelanggan terbaik kepada seluruh 9.7 juta pendeposit.

“Pengenalan sistem ini merupakan langkah berterusan pendigitalan TH bagi memudahkan urusan pendeposit tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan nombor giliran.

“TH yakin sistem TH Digital Queue ini akan membantu melancarkan lagi urusan pelanggan di kaunter kami di seluruh Malaysia di samping memastikan proses pengendalian maklum balas pelanggan diuruskan dengan telus dan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI