fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor.

Petunjuk positif jejak suspek samun Sungai Pelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis memperolehi beberapa petunjuk positif dalam siasatan kes pecah masuk rumah melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata di Taman Aman, Sungai Pelek dekat Sepang, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, seorang lelaki berusia 35 tahun yang berada di rumah bersama keluarganya diserang suspek sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal polis telah memperoleh beberapa maklumat penting yang boleh membantu mengenal pasti suspek terlibat.

“Setakat ini kita ada petunjuk positif dan sedang menjejaki maklumat tersebut bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kerugian yang dialami mangsa bagaimanapun tidak banyak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada rumah berkenaan menjadi sasaran khusus atau dipilih secara rambang kerana siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, satu kenyataan media berhubung perkembangan kes itu dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat sama ada oleh beliau sendiri atau Ketua Polis Daerah Sepang.

“Buat masa ini tindakan susulan sedang dibuat, jadi kita tunggu perkembangan lanjut sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI