Berdepan cabaran getir berniaga bukan sahaja dihadapi syarikat perusahaan kecil, sederhana dan mikro tetapi juga mereka yang berniaga secara sambilan dengan niat untuk menambah duit poket sempena bulan Ramadan dan Syawal. Tetapi faktor cuaca yang tidak menentu, persaingan sengit terutama jualan murah di platform online dan juga penjimatan perbelanjaan pelanggan membuatkan ada yang ‘sakit’ untuk memperoleh keuntungan, malah ada yang terpaksa menanggung kerugian. Bagi mereka yang berniaga di bazar Ramadan tahun ini, mungkin ada yang mengeluh kepenatan mencari rezeki lebih…














