fbpx
Gambar hiasan.

Servis jaga budak, ibu bapa pergi shopping raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita menawarkan perkhidmatan menjaga kanak-kanak bagi membantu ibu bapa yang terpaksa membawa anak kecil untuk membeli-belah persiapan raya atau menjamu mata di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Idea spontan itu tercetus berikutan rumah wanita dikenali sebagai Suhaini terletak berdekatan lokasi penganjuran bazar mega Aidilfitri tersebut.

Katanya, dia tidak menyangka menerima sambutan luar jangkaan daripada golongan ibu bapa yang mahu membeli-belah dalam suasana yang lebih tenang.

‘Saya memahami perasaan ibu bapa yang terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas dan kesulitan membawa anak kecil ke bazar Aidilfitri.

“Tetapi saya tidak jangka sambutan yang diterima daripada netizen amat memberangsangkan, mungkin mereka (ibu bapa) tidak mempunyai pilihan lain, mereka tidak sanggup meninggalkan anak-anak terutama yang masih kecil pada waktu malam.

“Saya pun tidak suka bersesak pada waktu malam lebih-lebih lagi mempunyai anak kecil berusia lima tahun,” katanya.

Wanita itu menawarkan caj sebanyak RM40 sejam bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dengan segala keperluan termasuk makanan dan minuman disediakan oleh ibu bapa masing-masing.

“Kebanyakan mereka (kanak-kanak) sudah makan sebelum dihantar ke rumah saya. Saya tawar perkhidmatan ini hanya pada hujung minggu. Setakat ini belum ada aduan. Semua mereka selesa tinggal di rumah saya,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN