fbpx
Tangkap layar aksi geng mat motor berjaya menghalang cubaan curi kabel oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Geng motor halang cubaan curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan lelaki dipercayai cuba mencuri kabel menggunakan kereta dan pacuan empat roda terbantut selepas kegiatan mereka disedari sekumpulan penunggang motosikal.

Difahamkan, kumpulan penunggang motosikal itu pada awalnya hanya memerhati gerak-geri suspek, namun situasi menjadi tegang apabila sebuah lagi kereta muncul sebelum salah seorang individu mengeluarkan senjata tajam.

Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai selepas perkongsian mengenainya tular di media sosial dengan orang ramai memuji keberanian penunggang motosikal yang bertindak sebagai ‘hero’ pada malam kejadian.

Rata-rata pihak memuji tindakan kumpulan tersebut kerana sekurang-kurangnya berjaya membantutkan kegiatan jenayah itu.

“Bagus dik.. kacau line jer, bagi depa tak tenteram buat kerja sambil tunggu polis mai. Menyusahkan orang dan semakin tak takut,” kata Nizam Ismail.

“Jadi hero pula malam tu good job boy (syabas dik),” balas New Buddyz

“Polis pesan kalau nampak kaki curi kabel terus call (panggil) polis. Jangan masuk dekat sebab geng (penjenayah) tak peduli kat siapa,” pesan Mohd Zairi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kegiatan curi kabel yang semakin berleluasa di seluruh negara sejak mencetuskan kemarahan dan kebimbangan rakyat apabila jenayah itu bukan sahaja menjejaskan kemudahan awam, malah turut mengancam nyawa orang ramai.

Lebih membimbangkan apabila terdapat kes curi kabel yang dilakukan secara terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan cara menarik kabel menggunakan kende­raan selain meninggalkan penutup lubang dalam keadaan terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN