fbpx
Ponchu diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Padah suap anggota penguat kuasa, pemandu lori dipenjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Cubaan seorang pemandu lori merasuah anggota penguatkuasa sebanyak RM1,192 agar tidak dikenakan atas kesalahan dadah mengundang padah selepas dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin turut memerintahkan hukuman itu bermula hari ini terhadap tertuduh, S. N. Ponchu, 27, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Tertuduh juga didenda RM7,000 atau penjara selama tiga (3) bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM1,192 dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengikut pertuduhan, Ponchu didakwa telah memberi suapan berjumlah RM1,192 kepada seorang anggota penguat kuasa bertempat di Jalan Samarinda Seksyen 36 Shah Alam, kira-kira pukul 4.15 petang, 7 Mac lalu.

Ini sebagai dorongan untuk tidak menangkapnya yang memiliki dua peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat kira-kira dua gram.

Pertuduhan dikemukakan dibawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI