fbpx
Gambar hiasan

206 pegawai perubatan siswazah letak jawatan dalam dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 206 Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dilaporkan meletakkan jawatan bagi tempoh dua tahun iaitu antara 2024 hingga 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah tersebut menunjukkan trend penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila 114 orang meletakkan jawatan pada 2024, manakala 92 orang pada 2025.

“Bagi tahun 2023 pula, data yang tersedia adalah peletakan jawatan Pegawai Perubatan gred UD41 yang merangkumi PPS dan pegawai yang baru tamat latihan siswazah iaitu seramai 254 orang,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari Ini.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda mengenai jumlah pegawai perubatan yang berhenti sewaktu ‘housemenship’ antara tahun 2023 hingga 2025 dan apakah punca utama.

Dzulkefly berkata, berdasarkan maklum balas pegawai yang terlibat, beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca utama mereka meninggalkan perkhidmatan sebelum menamatkan latihan siswazah.

Kata beliau, antara sebab yang sering dikemukakan adalah faktor peribadi termasuk masalah keluarga, belum bersedia menjalani latihan siswazah serta minat untuk menceburi bidang lain.

Selain itu, katanya, terdapat juga pegawai yang memilih untuk melanjutkan pelajaran, berhijrah ke luar negara bagi meneruskan kerjaya, serta masalah kesihatan yang menghalang mereka meneruskan latihan dalam sektor kesihatan awam.

Dzulkefly berkata, kementerian sentiasa memantau perkembangan tersebut bagi memastikan sistem latihan dan perkhidmatan kesihatan negara terus berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN