PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2.3 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya pada hari puncak iaitu 18, 19, 20, 27, 28 dan 29 Mac, sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan lebih 21 peratus berbanding purata trafik harian biasa yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan.
Katanya, trend itu selari dengan peningkatan trafik yang dicatatkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina lalu apabila jumlah kenderaan waktu puncak sehari melebihi 2 juta.
“Berdasarkan trend perjalanan perayaan lalu dan jangkaan trafik musim perayaan tahun ini, pengguna lebuh raya dijangka mengalami tempoh waktu perjalanan yang lebih panjang semasa musim perayaan sekiranya memulakan perjalanan di luar waktu yang dicadangkan oleh MyPLUS-TTA.
“MyPLUS-TTA boleh diakses bagi perjalanan di Lebuh Raya PLUS dan Lebuh Raya Pantai-Timur 2 (LPT2) di antara 18 Mac hingga 30 Mac,” katanya pada sidang akhbar di Persada Plus di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul.-KOSMO! ONLINE














