fbpx
Gambar hiasan.

Pengarah syarikat ditahan rasuah tanah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tembelang seorang pengarah syarikat dipercayai terlibat dalam rasuah tanah berjumlah RM100,000 untuk pembangunan komersial terbongkar selepas ditahan, hari ini.

Penahanan ke atas lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu dibuat pada pukul 12.20 tengah hari tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima suapan berjumlah RM100,000 daripada sebuah syarikat pemaju hartanah.

Katanya, suspek dipercayai menyerahkan tanah milik 136 pekerja ladang tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka bagi tujuan pembangunan komersial. Perbuatan tersebut dilakukan antara 2020 dan tahun lalu.

“Suspek yang merupakan pemegang amanah tanah seluas 3.23 hektar itu dipercaya menerima rasuah beberapa kali dalam tempoh lima tahun. Lelaki itu juga menerima wang RM5 juta hasil pengambilan tanah tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret di sini esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI