fbpx
Gambar hiasan.

Mesyuarat Jemaah Menteri Khas Jumaat ini, teliti kedudukan fiskal negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri Khas akan diadakan pada Jumaat ini bagi memberi ruang kepada kerajaan meneliti kedudukan fiskal negara serta memantau perkembangan semasa secara dekat dan lebih nyata, berikutan konflik sedang berlaku di Asia Barat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Akhbar Khas Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini yang turut ditayangkan secara langsung, sebentar tadi.

“Oleh kerana perkembangan itu berlaku dalam masa pantas dan menuntut kita mengkaji dari dekat, maka kita putuskan Mesyuarat Jemaah Menteri Khas akan diadakan pada pagi Jumaat, 13 Mac.

“Kita lalui ujian dan kemelut sebelum ini, saya yakin insya-Allah sikap lebih bertanggungjawab dengan kerjasama semua pihak, pimpinan kerajaan, penjawat awam dan sektor swasta dan rakyat, kita dapati tangani permasalahan ini dengan baik,” katanya, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI