fbpx
Sebahagian daripada kakitangan dan pasukan pengurusan Fella Design, Ashley Furniture HomeStore serta Media Mulia yang menjayakan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Ampang, kelmarin.

1,000 pek bubur lambuk Fella Design, Ashley untuk komuniti Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Kira-kira 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai menerusi Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Fella Design, Ashley Furniture HomeStore dengan kerjasama Media Mulia sempena Ramadan.

Program yang berlangsung di hadapan bilik pameran Fella Design, di sini melibatkan kira-kira 50 kakitangan syarikat, pihak pengurusan serta pasukan Dhiya Catering yang bergotong-royong menyediakan juadah tradisi berkenaan sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar.

Pengurus Pemasaran Digital dan E-dagang Fella Design, Ashley Furniture HomeStore, Lucas Chen Wen Ru berkata, bubur lambuk secara tradisinya dikaitkan dengan amalan berkongsi, justeru pihaknya melihat program tersebut sebagai salah satu cara untuk memberi kembali kepada masyarakat.

“Orang ramai banyak menyokong Fella Design sebelum ini, maka program berkenaan menjadi peluang untuk kami menyumbang semula kepada komuniti, khusus­nya dalam bulan Ramadan.

Pengurus Pemasaran Digital dan E-dagang Fella Design, Ashley Furniture HomeStore, Lucas Chen Wen Ru.

“Saya yakin program sebegini boleh diteruskan pada masa hadapan kerana terdapat pelbagai cara untuk menyumbang kepada masyarakat, namun penglibatan secara langsung seperti memasak dan mengagihkan makanan memberi kepuasan yang lebih bermakna,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Fella Design Ashley Furniture HomeStore, Manivanan Madhavan berkata, pe­nganjuran program tersebut adalah kali pertama dilaksanakan pihaknya, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Selain inisiatif CSR, kami rasa cara ini adalah sesuatu yang dapat menghubungkan semangat kebersamaan dan perhubungan, apabila kita melibatkan kakitangan, pihak pengurusan termasuk Media Mulia, dan komuniti setempat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Fella Design Ashley Furniture HomeStore, Manivanan Madhavan.

“Kami berharap program baik seperti ini boleh dilakukan setiap tahun, dan mungkin kita akan adakan secara bersiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kewangan Fella Design Ashley Furniture HomeStore, Mun Toong Leong berkata, bubur lambuk sememangnya sinonim dengan Ra­madan dan menjadi hidangan yang dinanti-nantikan masyarakat.

“Berdasarkan penerimaan serta sambutan daripada komuniti setempat, kita bercadang memperluaskan lagi aktiviti bubur lambuk ini supaya lebih ramai dapat merasa,” katanya.

Ketua Pegawai Kewangan Fella Design Ashley Furniture HomeStore, Mun Toong Leong.

Pengarang Kosmo! dan Kosmo! Ahad, Ismail Daud pula menyifatkan kerjasama tersebut memberi manfaat kepada kedua-dua pihak selain mendekatkan media dengan masyarakat.

“Saya mewakili Media Mulia berterima kasih kepada Fella Design dan Ashley. Ini satu kerjasama yang baik dalam erti kata Fella Design boleh memperkenalkan produk mereka, dan Media Mulia juga boleh memperkenalkan produk yang kami ada kepada penduduk sekitar Ampang.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dengan kuantiti bubur lambuk yang lebih banyak agar dapat diagihkan kepada lebih ramai penduduk,” katanya.

Menurut Pembantu Tukang Masak Dhiya Catering, Affin Sujak, bubur lambuk tersebut disediakan menggunakan resepi istimewa yang telah dibangunkan pihaknya sejak hampir sedekad lalu.

“Ia adalah resepi Dhiya Cate­ring sendiri, sedikit berbeza apabila kita menambahkan bahan seperti udang ke­ring, kacang dal, dan air rebusan daging untuk menjadikan bubur ini lebih sedap.

Mohd. Kamri turun padang menyerahkan pek bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di hadapan bilik pameran Fella Design Ampang.

“Resepi ini sudah hampir 10 tahun dan kami juga sudah banyak melakukan penambahbaikan untuk pastikan rasa dan kualiti terbaik. Bubur lambuk ini kami masak hampir tiga jam. Daging perlu direbus lebih awal untuk pastikan ia empuk dengan baik.

“Terima kasih kepada Fella Design, Ashley dan Media Mulia atas kepercayaan diberikan kepada Dhiya Catering untuk menyediakan bubur lambuk sempena program kali ini. Moga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang,” katanya.

Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk ini turut dimeriahkan de­ngan kehadiran Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd. Kamri Kamaruddin yang bersama-sama turun padang mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI