fbpx
Gambar hiasan.

Tiada rumah terbuka Aidilfitri agensi kerajaan, GLC, GLIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diminta tidak menganjurkan perayaan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Media Khas Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

“Justeru, ini berikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana. Saya ingat langkah waras ini bagi kita supaya jangan kita nanti terjebak dengan keadaan lebih parah.

“Sebaiknya kita ambil sikap lebih sederhana, lebih bertanggungjawab,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, menteri dan seluruh anggota pentadbiran dan jabatan-jabatan juga dihadkan lawatan ataupun kunjungan ke luar negara, melainkan yang memang dalam jadual dan wajib dihadiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN