fbpx
Bas yang rentung selepas terbakar di tengah Kerzers, barat Switzerland kelmarin. - Polis Fribourg/EPA

6 maut, bas terbakar di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERN – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terbakar di barat Switzerland, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.25 petang (waktu tempatan) di tengah Kerzers, kira-kira 20 kilometer dari ibu negara Switzerland, Bern semalam. 

Polis melaporkan seramai tiga mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa seorang anggota penyelamat turut mengalami kecederaan.

Beberapa laporan menyebut seorang individu membakar dirinya dengan petrol, namun pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut dengan segera.

Rakaman video kejadian yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan sebuah bas sedang dijilat api, dengan seorang penduduk tempatan melihat kepulan asap tebal yang naik ke udara. 

Bas yang terlibat dilaporkan melakukan perjalanan dari perbandaran Dudingen, kira-kira 17 kilometer dari selatan Kerzers. 

Punca kebakaran masih dalam siasatan untuk menentukan sama ada ia dimulakan dengan sengaja atau tidak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI