fbpx
Pasangan bawah umur itu berkahwin di Lombok Tengah baru-baru ini. - Facebook

Budak bawah umur berkahwin semasa bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sepasang kanak-kanak di Indonesia melangsungkan perkahwinan semasa bulan Ramadan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Lombok Tengah, wilayah Nusa Tenggara Barat, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan pasangan bawah umur itu duduk di atas tikar semasa akad nikah sambil disaksikan penduduk tempatan. 

Mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan berupa emas seberat 5 gram. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 40,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa tidak berkahwin selepas bulan Ramadan?” kata seorang netizen.

“Mereka masih di bawah umur, kenapa sibuk nak berkahwin?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN