fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pemandu itu menaburkan bunga ke atas kubur baru-baru ini. - TikTok

‘Rider’ dapat ‘order’ ziarah kubur, tabur bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemandu e-hailing di Indonesia terkejut apabila menerima pesanan untuk menziarah sebuah kubur dan menaburkan bunga ke atasnya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Situbondo, wilayah Jawa Timur baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pekerja itu membawa plastik berisi bunga lalu ditaburkan di  atas sebuah kubur. 

Pemandu berkenaan berkata, pesanan itu dibuat oleh anak  si mati kerana dia berada di luar bandar dan tidak dapat pulang ke rumah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Nasib baik tidak salah kubur,” kata seorang netizen.

“Saya pernah menerima pesanan untuk angkat baju pelanggan biar tidak kena hujan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI