fbpx
Anggota penguat kuasa MDPP menyita peralatan karaoke di sebuah kedai makan di Tok Bali, Pasir Puteh pada Sabtu lalu. FOTO IHSAN MDPP

Kedai makan di Pasir Puteh buka pusat karaoke tanpa lesen diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Sebuah kedai makan di Tok Bali di sini diserbu dalam Operasi Bersepadu Kawalan Hiburan selepas didapati membuka pusat karaoke tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan di premis terbabit.

Operasi bermula kira-kira pukul 11 malam pada Sabtu lalu itu dijalankan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh dan Pejabat Agama Pasir Puteh.

Yang DiPertua MDPP, Kamarulzaman Abdul Wahab, berkata hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen sah daripada MDPP.
Menurutya, tindakan diambil di bawah Seksyen 7(1)(a) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Dalam operasi sama, pihak penguat kuasa turut menyita satu set peralatan karaoke yang mengandungi lapan item di bawah Seksyen 27 enakmen sama bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kesalahan tersebut boleh dikompaun sehingga RM25,000. Sekiranya didakwa di mahkamah, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, tindakan tegas akan terus diambil terhadap premis yang menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen serta melanggar peruntukan undang-undang.

Katanya, operasi itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti hiburan di daerah ini sentiasa terkawal dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI