fbpx
Antara kedai emas yang terdapat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI / KOSMO!

Harga emas: Peniaga mesti cari jalan berapa nak jual – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah premis di Jalan Masjid India, di sini dikenakan tindakan selepas disyaki gagal mempamerkan harga jualan bagi emas 99.9.

Tindakan diambil susulan operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya.

Pengarah KPDN WPKL Mohd. Sabri Seman berkata, pemeriksaan membabitkan sebanyak 10 premis jualan emas.
“Hasil pemeriksaan, terdapat sebuah premis didapati gagal mempamerkan tanda harga emas 99.9. Alasan yang diberikan ialah harganya kerap sangat bertukar iaitu sejam sekali turun naik.

“Jadi KPDN tidak boleh terima, peniaga mesti mencari jalan dan menentukan harga mana yang dia nak jual dan pamerkan. Itu adalah hak masyarakat supaya mereka maklum dengan jelas mengenai harga yang dijual,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Justeru, katanya, KPDN memberi peringatan tegas kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan hak-hak pengguna sentiasa dipelihara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya bekerjasama bersama KPDN dengan menyalurkan maklumat atau aduan melalui saluran rasmi yang telah disediakan bagi membantu memastikan kepentingan pengguna terus terjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN