RAUB – Dua beradik yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu bapa dan tiga adik mereka maut dalam kebakaran di Ulu Dong di sini pada 26 Februari lalu kembali ke asrama masing-masing untuk meneruskan pengajian kelmarin. Bapa saudara mereka, Mohd. Azmi Adam @ Ibrahim, 40, berkata, Ruby Adalia Balqis Mohd. Alawi, 19, pulang ke Kolej Matrikulasi Gambang, manakala adiknya, Ahmad Balia Murqam, 15, kembali asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dong semalam. Kepulangan dua beradik tersebut dijemput oleh pihak kolej……














