fbpx
Gambar tular kebakaran kilang di Jalan Kapar, Batu 9 1/2 Kampung Perepat, Klang.

Tiga lot kilang musnah terbakar di Kapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Asap tebal kehitaman di Jalan Kapar, Batu 9 1/2 Kampung Perepat di sini, berpunca akibat kebakaran yang marak memusnahkan tiga buah kilang hari ini.

Kebakaran itu masing-masing melibatkan kilang kitar semula, bengkel kenderaan dan stor penyimpanan cat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.44 petang dengan 31 anggota termasuk pegawai daripada enam buah balai dan penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman.

Katanya, pemeriksaan mendapati kebakaran dua premis kilang kitar semula dan stor penyimpanan cat. terbakar sepenuhnya.

“Sebuah lagi iaitu bengkel kenderaan pula musnah 50 peratus ketika ini.

“Kebakaran belum berjaya dikawal berikutan tiada punca sumber air terbuka di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, tiada mangsa dilaporkan setakat dengan kerja-kerja pemadaman masih giat diteruskan oleh BBP Kapar, Klang Utara, Klang Selatan, Andalas, Pelabuhan Klang dan Bukit Jelutong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN