PERKEMBANGAN teknologi ketenteraan memainkan peranan penting dalam konflik moden termasuk ketegangan dan konfrontasi antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) pada masa ini. Peperangan ini bukan sekadar pertembungan kekuatan tentera konvensional, tetapi turut memperlihatkan persaingan dalam bidang teknologi seperti dron, peluru berpandu balistik, peperangan siber, kecerdasan buatan (AI) dan sistem pertahanan udara. Analisis oleh media antarabangsa dan pakar pertahanan menunjukkan bahawa perang moden antara kedua-dua negara memperlihatkan peralihan kepada strategi ‘teknologi tinggi dan kos rendah’, di mana sistem automasi dan dron……














