PETALING JAYA – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan kempen perayaan pelanggan, Yakult Onz Raya, sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pelbagai tawaran dan ganjaran menarik.
Yakult dalam kenyataan hari ini berkata, kempen yang berlangsung dari 23 Februari hingga 31 Mac itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai usaha meraikan nilai kebersamaan, kesyukuran serta kesejahteraan sepanjang musim perayaan.
Menerusi kempen tersebut, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM20 bagi produk Yakult dalam satu resit.
Pembelian boleh dilakukan sama ada daripada Wanita Yakult, cawangan runcit atau platform dalam talian sebelum memuat naik resit ke laman sesawang rasmi kempen untuk memutar roda digital bagi peluang memenangi hadiah segera.
Sebagai tarikan utama, setiap lima pemenang bertuah akan menerima jongkong emas 999.9 (5g), selain peserta turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui Touch ‘n Go eWallet bernilai RM10, RM20 atau RM100.
Pelanggan juga berpeluang menerima sampul raya eksklusif, sementara stok masih ada.
Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, pihaknya ingin menyampaikan ucapan setulus ikhlas kepada seluruh rakyat Muslim di Malaysia sempena bulan mulia itu serta mendoakan agar semua sentiasa sihat sepanjang bulan puasa.
“Terima kasih atas sokongan terhadap produk Yakult selama ini. Kami berharap anda akan menerusian rutin anda dengan minum Yakult setiap hari untuk menyokong dan mengekalkan kesihatan usus. Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!,” katanya.
Menurut syarikat itu lagi, setiap botol Yakult mengandungi lebih daripada 30 bilion probiotik Shirota strain yang terbukti hidup sampai ke usus.
Minuman probiotik itu juga diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan dihasilkan sepenuhnya di kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE














