fbpx
Noor Azimah melihat pokok petai yang tumbang menimpa rumahnya dalam kejadian ribut yang berlaku di Kampung Tasik, Kepala Batas, semalam. Foto oleh DANIAL SAAD

Pokok petai usia lebih 20 tahun tumbang atas rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Suasana tenang sebuah keluarga yang sedang membuat persiapan berbuka puasa bertukar cemas apabila sebatang pokok petai tumbang lalu menghempap kediaman mereka di Kampung Tasik, Kepala Batas, di sini semalam.

Mangsa, Norazimah Ibrahim, 43, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, cuaca gelap disertai dengan ribut dan angin yang kuat.

Katanya, ibunya, Faridah Harun, 64, yang menyedari pokok petai yang wujud sejak lebih 20 tahun itu kelihatan condong secara perlahan sebelum menghempap rumah yang didiami lima sekeluarga.

“Bumbung rumah bocor teruk namun saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat tetapi dahan pokok yang menghempap kabel elektrik sehingga berlaku percikan api membuatkan kami panik,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melawat mangsa ribut berkata, secara keseluruhannya terdapat 34 rumah sekitar kawasan ini terjejas akibat ribut yang melanda sebelum waktu berbuka puasa semalam.

“Kita sampaikan sumbangan bagi meringankan beban dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah sedang meneliti nilai kerosakan rumah yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Penolong Penguasa Mohd Yazi Taib berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk memotong pokok petai terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN