Pejam celik, pejam celik bagaikan tidak terasa Ramadan semakin menghampiri penghujungnya dan hari ini merupakan 19 Ramadan bermakna lebih kurang 10 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal. Mungkin ada sebahagian daripada kita yang sedih untuk meninggalkan Ramadan kerana di dalamnya penuh dengan keberkatan dan setiap amalan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Tidak kurang juga yang tidak sabar untuk menyambut kedatangan Syawal. Sesungguhnya dalam masa 10 hari terakhir Ramadan, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan soleh seperti solat……














