fbpx
Keadaan kesesakan setiap kali hujung minggu di Plus memghala Selatan.

[VIDEO] “Orang Nogori, hujung minggu memang kerja balik kampung yo?”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Setiap kali hujung minggu, pasti lebuh raya menuju ke selatan tanah air ‘merah menyala’ dengan kesesakan teruk sehingga mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Lebih mencuri perhatian, trend itu dilihat semakin ketara sejak bulan Ramadan apabila aliran trafik ke arah Negeri Sembilan dan Melaka meningkat luar biasa sebaik sahaja tiba petang Jumaat.

Rata-rata netizen berseloroh mendakwa “orang Nogori memang kerja Kuala Lumpur, hujung minggu balik kampung yo”.

Antara alasan mencuit hati yang tular di media sosial termasuklah mahu pulang untuk membasuh baju di rumah emak sehingga bonet kereta dikatakan ‘penuh pakaian kotor’.

“Adoii… balik kampung nak basuh baju, dalam bonet penuh laundry,” tulis seorang pengguna yang mengundang pelbagai reaksi lucu.

Tidak kurang juga yang berseloroh kononnya ada yang pulang semata-mata mahu melihat ayam dan itik di kampung selain menikmati juadah berbuka air tangan ibu.

Bagaimanapun di sebalik gurauan tersebut, ramai mengakui faktor utama mereka sanggup menghadap kesesakan adalah untuk meluangkan masa bersama ibu bapa dan keluarga tersayang, terutama pada bulan Ramadan.

“Sesak macam mana pun, kalau mak ayah ada di kampung, tetap balik,” kongsi seorang netizen yang meraih tanda suka ramai.- KOSMO! ONLINE.

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN