JAKARTA – Pihak berkuasa di wilayah Bengkulu, Indonesia menangkap sepasang lelaki dan perempuan bukan mahram selepas kereta dinaiki mereka ‘bergoyang’ tanpa henti di sebuah pantai, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 12.35 pagi (waktu tempatan) di Pantai Berkas kelmarin.
Tangkapan dibuat ketika Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Negara Indonesia dan Agensi Ketenteraman Awam Kota Bengkulu menjalankan operasi di beberapa lokasi yang disyaki menjadi tempat untuk melakukan maksiat.
Pegawai menyerbu kenderaan tersebut selepas ia dilihat ‘bergoyang’ di kawasan yang sunyi.
Selepas memeriksa kereta itu, mereka mendapati seorang wanita berada di tempat duduk pemandu yang ‘dibaringkan’ dengan tisu terpakai berselerak di lantai.
Mereka diberi amaran dan diarah untuk pulang ke rumah masing-masing. – AGENSI














