fbpx
REKAAN segar yang ditampilkan Sendja sesuai untuk digayakan gadis-gadis muda.

Keseimbangan tradisi dan moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AIDILFITRI selalu menjadi momen untuk bergaya, namun tahun ini, fesyen raya tidak hanya tentang cantik di mata tetapi juga selesa dan relevan dengan gaya hidup moden. 

Dari rumah terbuka hingga kunjungan santai bersama keluarga, pilihan pakaian kini menggabungkan elemen tradisi Melayu yang abadi dengan sentuhan kontemporari yang segar. 

Koleksi-koleksi tempatan semakin berani memperkenalkan rekaan yang fleksibel, praktikal dan mesra cuaca Malaysia membolehkan pemakai mengekspresikan diri tanpa mengorbankan identiti budaya.

Jenama fesyen tempatan yang semakin menonjol, Qhiam baru-baru ini melancarkan koleksi Raya 2026 dengan menampilkan rekaan yang lebih segar dan moden, namun tetap mengekalkan nilai estetika tradisi Melayu yang abadi. 

Menampilkan seleksi baju untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, label itu memperlihatkan evolusi gaya yang bukan sahaja seimbang, tidak terlalu moden, namun tidak juga terlalu klasik untuk disesuai dengan cita rasa semua.

Pengarah Urusan Qhiam yang hanya mahu dikenali sebagai Adam berkata, koleksi kali ini adalah tentang keseimbangan. 

“Kami enggan terlalu menumpukan kepada rekaan klasik semata-mata kerana kurang diminati golongan muda seperti Gen-Z. 

“Jadi, kami gabungkan elemen klasik dengan sentuhan moden untuk semua,” jelas Adam.

Di bawah payung Qhiam, jenama Sendja yang menampilkan pakaian wanita turut memperkenalkan 13 rekaan baharu koleksi hari raya khusus buat gadis muda. 

REKAAN-REKAAN fesyen wanita raya bagi tahun ini memperlihatkan evolusi gaya yang bukan sahaja seimbang antara tradisi dan moden tetapi juga menekankan gaya yang lebih fleksibel.

Sendja menekankan gaya yang lebih playful dan sesuai dengan aktiviti seharian golongan muda tanpa menyingkirkan sentuhan budaya menerusi rekaan seperti baju kurung dan kebaya.

Pemilihan pelbagai rona menarik juga adalah sebagai memberi pilihan kepada pemakai yang mahu bergaya sedondon dengan keluarga di Hari Raya. Fleksibiliti juga menjadi teras utama koleksi tersebut apabila kesemua rekaan yang dihasilkan boleh dipakai untuk acara formal seperti majlis rumah terbuka atau kasual seperti bertemu kawan dan outing santai.

Ujar Adam, salah satu keistimewaan pakaian di bawah label Qhiam adalah keselesaan. Semua rekaan menggunakan material yang ringan, selesa dan sesuai dengan cuaca tropika Malaysia. 

“Bagi tahun ini, kami menambah baik fabrik yang digunakan. Bagi kami, pakaian bukan sahaja perlu nampak cantik tetapi juga haruslah selesa dipakai,” katanya.

BUSANA yang ditampilkan juga bukan sekadar pakaian tetapi juga simbol perpaduan budaya dan gaya peribadi.

Dari segi harga, Qhiam dan Sendja mengekalkan prinsip mampu milik, dengan kebanyakan rekaan ditawarkan di bawah RM300. 

Pendekatan ini membolehkan pemakai mendapatkan pakaian berkualiti tinggi tanpa perlu risau soal bajet.

Untuk pakaian lelaki, tahun ini, Qhiam menampilkan koleksi Galur yang merupakan seleksi baju Melayu dengan fabrik lebih ringan, namun mengekalkan kualiti premium. 

Koleksi Kurta Teman pula memperkenalkan enam rekaan dan fabrik baharu, menggabungkan sentuhan moden dengan keindahan tradisional.

Koleksi busana lelaki dan wanita Qhiam bukan sekadar pakaian tetapi juga simbol perpaduan budaya dan gaya peribadi. 

Bagi mereka yang ingin tampil yakin, selesa dan bergaya di Hari Raya, Qhiam dan Sendja memberikan jawapan buat yang menghargai warisan, namun tetap segar dan muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN