PETALING JAYA – Penangguhan perjalanan umrah susulan nasihat kerajaan berikutan peningkatan ketegangan di Asia Barat dijangka memberi kesan kewangan besar khususnya kepada syarikat pengendali umrah tempatan apabila mereka terpaksa menanggung kos perkhidmatan darat yang sukar dituntut semula. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, kerugian sebenar masih belum dapat ditentukan, namun jumlahnya dianggarkan mencecah puluhan juta ringgit jika mengambil kira purata jemaah Malaysia yang menunaikan umrah setiap bulan. Menurut beliau, secara purata…














