fbpx
Sebahagian daripada kira-kira 80 jemaah yang menunaikan solat tarawih di kawasan terbuka di Bukit Bayas, Kuala Terengganu kelmarin.

Langit Bukit Bayas ‘saksi’ tarawih 20 rakaat 30 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Badan bukan kerajaan, Pusat Maktab Darjah Satu (Madas) mengambil inisiatif menganjurkan solat isyak dan tarawih berjemaah di kawasan lapang bagi menarik minat generasi muda atau Gen Z beribadah pada bulan Ramadan.

Bermula dengan 20 jemaah pada awal Ramadan lalu, bila­ngan jemaah solat tarawih terbuka anjuran Madas di tapak pasar malam Bukit Bayas di sini, semakin meningkat kepada kira-kira 80 orang pada pertengahan bulan Ramadan ini.

Pengasas Madas, Mohd. ­Khairul Fadhli Muhammad, 39, berkata, pendekatan menganjurkan solat tarawih di kawasan lapang yang pertama di Terengganu ini bertujuan untuk menarik minat Gen Z untuk menyertai aktiviti keagamaan terutama pada bulan Ramadan.

“Kita memahami rata-rata Gen Z gemar dengan pengalaman unik dan suasana baharu.

“Bacaan solat juga dicepatkan sedikit, namun tetap berpandukan hukum dan syariat serta pandangan mazhab empat imam,” katanya ketika ditemui di Bukit Bayas di sini semalam.

Mohd. Khairul Fadhli berkata, secara purata, solat sunat tarawih 20 rakaat dan tiga witir anjuran Madas mengambil masa kira-kira 30 minit.

Katanya, jemaah yang cuma melaksanakan solat sunat tarawih lapan rakaat, boleh menghabiskannya dalam tempoh enam minit sahaja.

“Alhamdulillah sambutan da­ripada anak-anak muda semakin memberangsangkan.

“Penduduk setempat terma­suk warga emas yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit lulut turut serta menyertai kami,” katanya.

Mohd. Khairul Fadhli berkata, rata-ratanya jemaah memberi maklum balas positif dan teruja mendapat pengalaman berharga menunaikan solat berjemaah di kawasan lapang yang terbuka.

Katanya, mereka juga suka dengan pendekatan solat tarawih yang ringkas, namun masih menepati hukum syarak. Madas yang ditubuhkan September tahun lalu turut menawarkan kelas pengajian asas fardhu ain secara percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN