fbpx
Tangkap layar video tular keadaan seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan dikaitkan dengan kes tembakan di Taman Seri Kapar, Klang pagi tadi.

Lelaki maut dirempuh selepas lepaskan tembakan di Kapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang daripada penembak bermotosikal yang dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Jalan Keretapi Lama, Tok Muda, Kapar, di sini disahkan maut manakala rakannya cedera.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.51 pagi, mangsa yang maut merupakan pembonceng motosikal berusia 33 tahun, manakala yang cedera berusia 34 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai melepaskan tembakan ke arah pemandu lori di Kampung Perepat sebelum dikejar majikan pekerja itu sehingga ke Jalan Keretapi Lama.

“Suspek kemudiannya melanggar motosikal tersebut apabila salah seorang mangsa mengacukan objek menyerupai pistol, menyebabkan mereka terjatuh dan terseret di simpang masuk Taman Sri Kapar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, semakan rekod mendapati mangsa yang maut mempunyai 23 rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, cubaan bunuh dan samun berkumpulan.

Mangsa yang cedera pula mempunyai 10 rekod jenayah serta berstatus orang dikehendaki di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

“Manakala suspek lelaki tempatan berusia 49 tahun tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Jelas Shazeli, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori berakhir dengan kedua-dua mereka cedera dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Taman Seri Kapar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN