fbpx
Hasmaliza (kanan) sedang beratur untuk membayar pakaian raya anak-anaknya yang dibeli menggunakan baucar Ziarah Kasih Ramadan di Jabi, Besut hari ini.

Baucar ICU JPM bantu ibu OKU enam anak beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Baucar Ziarah Kasih Ramadan berjumlah RM500 pemberian Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) amat bererti buat seorang ibu tunggal cacat pendengaran untuk membuat persiapan raya buat enam anaknya.

Hasmaliza Ibrahim, 41, yang turut menderita penyakit Systemic Lupus Erythematosus dan Rheumatoid Arthritis (SLE RA) berkata, sebelum ini, dia dan anak-anaknya yang berusia antara enam hingga 17 tahun tidak membuat apa-apa persediaan menyambut Aidilfitri ekoran kekangan kewangan.

“Saya tidak mampu bekerja sejak disahkan menghidap SLE RA dan pads masa sama berpisah dengan suami pada kira-kira tiga tahun ini.
“Kehidupan kami tujuh beranak bergantung semata-mata dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,000 sebulan,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih Ramadan di Jabi di sini hari ini.

Dia merupakan sebahagian 410 keluarga kurang berkemampuan (B40) di Terengganu yang menerima bantuan ICU JPM sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Hasmaliza yang menetap di Kampung Tandop, di sini juga bersyukur turut menerima baucar Kembali ke Sekolah berjumlah RM200 dan bakul makanan bernilai RM100.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Persekutuan Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif berharap bantuan tersebut akan menceriakan golongan B40 terpilih negeri ini menjelang sambutan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI