fbpx
Zizie Izette bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Zizie mula beri keterangan bela diri tuduhan subahat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi memberi keterangan membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Zizie Izette, 48, tiba di mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan memakai sut serba hitam yang mana beliau akan memberi keterangan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Sebelum pada 16 Januari lalu, pendakwaan menolak representasi yang dikemukakan Zizie Izette untuk menggugurkan tiga tuduhan bersubahat melakukan kesalahan rasuah berkenaan.
Sehubungan itu kes terhadap Zizie Izette diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari bermula hari ini.

Pada masa sama, mahkamah membebaskan Allahyarham Bung Moktar daripada tuduhan rasuah berkenaan membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta yang dihadapinya.

Ia selepas pendakwaan tidak berhasrat meneruskan prosiding terhadap bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Terdahulu Zizie Izette telah menjalani tempoh iddah selepas suaminya meninggal dunia pada 5 Disember lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI