fbpx
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Batang Kali–Genting Highlands, semalam.

Polis bantuan maut motosikal bergesel kereta sebelum terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang polis bantuan maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Batang Kali–Genting Highlands, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian lebih kurang pukul 10.54 malam.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu pembantu perawatan kesihatan berusia 39 tahun dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa.

“Siasatan awal mendapati insiden berlaku kira-kira pukul 10.15 malam semasa pemandu kereta dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Pahang melalui jalan tersebut.

“Apabila sampai di satu selekoh, tiba-tiba motosikal mangsa dari arah bertentangan telah masuk ke laluan kereta dan bergesel dengan kenderaan tersebut sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya di sini hari ini.

Ibrahim berkata, akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Baharu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohammadi Mat Abu @ Ramli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI