fbpx
Sultan Pahang

Apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa berdiam diri bukanlah satu pilihan apabila kitab suci al-Quran dipijak, kerana perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam, malah mampu menggugat keharmonian negara.

Baginda bertitah, mempertahankan maruah agama merupakan kewajipan moral dan tanggungjawab iman setiap umat Islam, namun ia perlu dilakukan secara berhemah, beradab serta mengikut lunas undang-undang.

Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita dan kesal di atas insiden yang dilihat sengaja menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini termasuklah isu seorang mahasiswa yang bertindak memijak naskah al-Quran baru-baru ini.

“Perbuatan ini bukan sahaja satu tindakan yang sangat biadap, bahkan suatu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati.

“Apabila al-Quran dipijak maka yang tercalar bukan sekadar kertasnya tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Dalam hal ini saya menegaskan dengan tegas, apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan,” titahnya.

Al Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Baharu Felda Jengka 19 yang dinamakan Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandriah di sini, semalam.

Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan semua pihak agar menghormati kitab suci semua agama dan tidak mempersendakan kepercayaan mana-mana penganut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI