fbpx
BANGKAI sebuah helikopter selepas terhempas di Pililla, wilayah Rizal hari ini. – AFP

Rakyat Malaysia maut, helikopter terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Seorang warga Malaysia dan seorang rakyat Filipina terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di kawasan lapang kira-kira dua jam ke  tenggara Manila hari ini.

Helikopter itu membawa lima orang, termasuk dua warga Malaysia, ketika terhempas di kawasan berumput di sebuah kejiranan di Pililla, bandar kecil di wilayah Rizal, sekitar pukul  7:27 pagi (waktu Malaysia), kata beberapa pegawai.

Pegawai polis wilayah Rizal, Ramjae Pangga memberitahu AFP bahawa dua penumpang, seorang warga Malaysia dan seorang warga Filipina, terkorban dalam nahas itu.

Sementara itu, juruterbangnya cedera parah, kata Datuk Bandar Pililla, John Masinsin.

“Tiga mangsa yang terselamat masih terkejut, terutamanya juruterbang,” katanya kepada AFP.

“Semua mangsa dibawa ke hospital tertiari di (Metro Manila), atas permintaan keluarga masing-masing,” katanya sambil  memuji juruterbang kerana berjaya mendaratkan pesawat itu di kawasan perumahan tanpa mencederakan sesiapa.

Siasatan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina sedang dijalankan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN