fbpx
GAMBAR menunjukkan papan tanda Kedutaan Amerika di Riyadh, Arab Saudi. – AGENSI

Iran bedil Kedutaan Amerika di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Serangan dua dron ke atas Kedutaan Amerika Syarikat(AS) di Riyadh hari ini mencetuskan kebakaran kecil, kata seorang  jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam satu kenyataan, sementara Iran meneruskan serangan balas di seluruh rantau Teluk.

“Kedutaan AS di Riyadh telah diserang oleh dua dron. Serangan  mengakibatkan kebakaran terhad dan kerosakan pada bangunan,” kata kenyataan itu.

Dua saksi memberitahu AFP bahawa mereka melihat beberapa jentera bomba di sekitar kedutaan AS.

Terdahulu, saksi-saksi  lain berkata, mereka melihat asap di atas bangunan Kedutaan AS dan mendengar bunyi letupan kuat di kawasan kedutaan asing di ibu negara Arab Saudi.

Sumber rapat dengan tentera memberitahu AFP bahawa sistem pertahanan udara Saudi memintas empat dron yang menyerang kawasan diplomatik Riyadh dalam serangan itu.

Serangan di Arab Saudi itu merupakan sebahagian daripada gelombang peluru berpandu dan dron Iran yang menyasarkan negara-negara Teluk.

Dalam perkembangan sama letupan baharu kedengaran lagi di Riyadh selepas itu pada hari ini, kata seorang wartawan AFP dan penduduk setempat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN